Thursday, March 12, 2009

memori dahulu

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

2 Disember 2005,bersamaan hari jumaat.Tarikh yang di raikan oleh semua pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan yang mengambil SPM pada tahun itu.Tarikh di mana tamatnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2005.



Hari ini pula,12 Mac 2009,tarikh di mana pelajar yang mengambil SPM 2008 mengetahui keputusan peperiksaan mereka.Sedar tak sedar,sudah 3 tahun lebih kita meninggalkan alam persekolahan.

Admin tidak tahu bagaimana pencapaian sekolah dalam keputusan SPM 2008,tapi kalau tidak silap,sekolah mendapat ranking terbaik di kuantan.Tahniah di ucapkan kepada adik-adik SPM’08 kerana berjaya mengharumkan nama sekolah.Sesiapa yang ada info mengenai keputusan/pencapaian sekolah,boleh lah maklumkan di ruang komen.



Sampai di sini saja entri kali ini.Jangan biarkan kenangan di sekolah di lupakan begitu saja.

4 comments:

  1. rindu giler kat cikgu aisyah..

    ReplyDelete
  2. xsbrnya nk g skolah!!! klu diizinkan Allah..

    ReplyDelete
  3. tu kalu ikut ranking la. yg selebihnya tu korang semua la.. haha.

    yg paling tak rindu pulak, rasanya brader jaga pintu pagar skolah time kita tgh spm.. sape ntah nama dia..ermm..tgk, aku pun dah tak ingat nama dia.

    ReplyDelete